Generasi baharu GT86/BRZ tiba 2021, enjin boxer FA24 2.4 liter

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, berita yang dilaporkan daripada tabloid automotif Best Car Jepun adalah tidak benar menurut pengesahan yang dibuat oleh laman web Carscoops.

Ini sekaligus menepis dakwaan bahawa Toyota bakal menghentikan pembangunan generasi baharu kereta sports pacuan roda belakang GT86 setelah memperkenalkan Toyota Supra dengan enjin empat silinder. 

Menurut jurucakap Toyota Nancy Hubbel berkata, "GT86 sudah pun menjadi ahli keluarga Toyota sejak tahun 2013 dan ia akan kekal menjadi salah sebuah daripada barisan penawaran kereta sports Toyota.

Wakil daripada Subaru turut tidak mengaku laporan yang datang daripada Best Car tersebut, dan mengesahkan bahawa generasi baharu BRZ kini sedang di dalam perancangan. 
 


Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, kereta sports GT86/BRZ generasi baharu bakal menggunakan enjin flat-four 2.4 liter FA24 yang turut sama digunakan pada SUV Ascent. 

Dalam keadaan standard, enjin turbo ini mampu menghasilkan 260 kuasa kuda dan tork sebesar 376 Nm, namun demi meneruskan tradisi yang dibawa sejak awal pengenalan kereta sports murah tersebut, besar kemungkinan GT86/BRZ akan menggunapakai enjin versi aspirasi natural. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini…