Generasi baharu Forester bakal tampil dengan sistem hibrid Toyota RAV4 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama Subaru dan Toyota tidaklah tertumpu kepada model khas seperti BRZ/GR 86 ataupun kenderaan elektrik SolTerra/bZ4X sahaja.

Terbaharu, laporan daripada penerbitan Jepun Mag-X mendakwa SUV Subaru Forester generasi baharu bakal menampilkan teknologi hibrid daripada Toyota yang akan dilancarkan menjelang tahun 2023.

Namun tidak seperti BRZ/GR 86 serta EV SolTerra/bZ4X, Subaru Forester generasi baharu bukanlah produk penukaran lencana secara terus daripada Toyota RAV4.

Sebaliknya, ia masih lagi menggunakan pelantar Subaru Global Platform, namun dipertingkatkan dengan kepakaran Toyota dalam menghasilkan trenkuasa hibrid seperti yang terdapat pada RAV4 itu tadi.
 

Subaru


Laporan itu turut mencadangkan sistem hibrid penuh Forester generasi baharu menampilkan enjin petrol kitaran Atkinson yang dipadankan dengan dua motor elektrik, dan dalam masa yang sama mengekalkan ciri pacuan semua roda AWD dan keupayaan off-road.

Terdahulu, Subaru Forester generasi kelima telah pun mendapat kemaskini facelift beberapa bulan yang lalu, menampilkan muka hadapan yang dikemaskini, penawaran trim baharu, serta kelengkapan keselamatan yang dipertingkatkan.

Selain daripada enjin boxer turbo standard 1.8 liter (174 hp/300 Nm), Subaru turut menawarkan trenkuasa mild-hybrid e-Boxer 2.0 liter yang menghasilkan 148 hp yang dibantu dengan motor elektrik 16.5 hp.

Sumber: Mag X

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang pertama, Subaru Impreza tidak lagi didatangkan dalam bentuk badan sedan, dan yang kedua,…
Berita Global
Macam pernah lihat bukan? Ya, tekaan anda tepat sekali. Subaru Rex 2023 merupakan kembar keempat…
Berita Global
Ini mungkin sekali projek modifikasi yang agak gila yang dipamerkan pada acara SEMA 2022 tahun ini…