Generasi baharu Crown bakal digelar Crown Cross?

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kita telah pun mendengar berita berkenaan penggunaan nama ikonik Crown pada bentuk badan SUV Crown Kluger dan minivan Crown Vellfire.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut sememangnya khas untuk pasaran China, namun bagaimana dengan nasib model sedan pacuan roda belakang sebenar Crown itu sendiri pada masa akan datang?

Menurut laporan terkini daripada penerbitan Jepun BestCarWeb, generasi ke-16 Toyota Crown mungkin tidak akan tampil dalam bentuk badan sedan tradisional dan pacuan roda belakang, sebaliknya bakal menggunakan konfigurasi pacuan roda depan.

Imej rendering yang dimuatnaik oleh laman web tersebut (gambar atas) membayangkan model generasi baharu Crown dalam bentuk badan fastback yang menyamai model Audi A7 Sportback, serta elemen crossover yang kian menjadi kegilaan masa kini.
 

Crown SUV


Selain itu, Crown juga turut diberitakan akan muncul dalam bentuk SUV dan bakal diposisikan di atas model Toyota Harrier.

Dalam laporan terdahulu, BestCarWeb membuat spekulasi bahawa model Crown bakal menggunakan platform pacuan roda depan TNGA-K, selain menawarkan versi SUV yang dinamakan sebagai Crown Cross.

Kedua-dua model ini dijangka muncul pada Disember 2022 dengan menampilkan enjin Dynamic Force 2.5 liter berkuasa 280 hp, diikuti dengan varian hibrid yang menggunakan nadi yang serupa, serta varian hibrid motor elektrik berkembar yang menawarkan sistem pacuan semua roda E-Four.
 

Crown


Mengimbau kembali zaman kegemilangan Crown suatu ketika dahulu, Toyota berjaya menjual kira-kira 205,000 unit sedan tersebut pada tahun 1990, sebelum ia perlahan-lahan dirampas oleh genre yang lebih popular seperti minivan.

Menjelang 2000, angka jualan Crown turun kepada 101,000 unit, dan pada tahun 2019 Toyota hanya mampu menjual sebanyak 36,000 unit sahaja.

Melihatkan kepada populariti yang diterima oleh model Corolla Cross di beberapa pasaran utama, adalah tidak mustahil kejayaan tersebut bakal diulangi oleh model Crown Cross. Semua orang sukakan SUV, kan?

 

Crown Kluger
Crown Vellfire


Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…