Generasi baharu BMW M bakal terima sistem pacuan elektrik, ciri pacuan roda hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan perkembangan semasa di dalam dunia automotif yang semakin cenderung ke arah elektrifikasi termasuklah sistem pacuan elektrik sepenuhnya, BMW tidak menolak kemungkinan model masa hadapan di bawah lencana M juga turut menerima nasib yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut jurucakap BMW semasa pelancaran M5 Competition di Sepanyol, kesemua kereta M bakal dilengkapkan dengan sistem pacuan elektrik (hibrid/elektrik sepenuhnya) dengan tarikh sasaran ditetapkan pada akhir dekad seterusnya. 

 


Bos divisyen M, Van Meel menambah, "persoalan yang paling penting ialah masa yang sesuai untuk mengadaptasi teknologi tersebut, sekiranya terlalu lewat, maka kita akan ketinggalan jauh."

"Akan tetapi, sekiranya terlalu awal, kita tidak mempunyai sebarang teknologi yang sesuai memandangkan apa yang ditawarkan di dalam pasaran (sistem pacuan, bateri) adalah terlalu berat dan tidak sesuai," tambah beliau. 

Apa yang penting adalah nisbah berat kepada kuasa yang menentukan faktor kepada prestasi kenderaan di bawah jenama M BMW, dan walaupun dengan teknologi elektrik seumpama itu, Van Meel tetap mahukan sebuah M3 elektrik kelak mempunyai perasaan pemanduan yang sama seperti M3 terdahulu. 
 


Sementara itu, satu laporan yang lain menyebut BMW juga bakal mempertimbangkan versi pacuan roda hadapan bagi kereta M yang terkenal cenderung kepada model pacuan semua roda dan pacuan roda belakang. 

Van Meel juga tidak menolak kemungkinan akan memperkenalkan versi pacuan roda hadapan, namun ia tertakluk kepada model entry-level sahaja  bagi menarik perhatian peminat jenama BMW yang tidak berkesempatan untuk merasai pemanduan BMW. 

Tambah Van Meel, ini merupakan satu cabaran besar bagi mereka untuk mengekalkan 'perasaan pemanduan kereta M yang lebih cenderung dengan pacuan roda belakang' untuk dilengkapkan kepada model baharu pacuan roda hadapan. 
 


Ini bukanlah kali pertama BMW memperkenalkan model siri pacuan roda hadapan kerana sebelum ini mereka telah memperkenalkan minivan BMW 2 Series Active Tourer pada tahun 2014 dan selepas ini mereka bakal memperkenalkan 1 Series, 2 Series Gran Turismo, 2 Series Active Tourer, 2 Series Gran Tourer, X1 dan iX1 menggunakan platform FAAR pacuan roda hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Di Athens, Greece, seorang pengguna FB Stelius Trantalidis (seperti yang dilaporkan oleh Carscoops…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…