Gen2 EVO - jentera lumba Formula E musim 2020/2021

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Formula 1, terdapat juga siri perlumbaan Formula E di mana ia membawakan reka bentuk jentera yang serupa, namun dengan trenkuasa yang lebih mesra alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera yang diberikan nama Gen2 EVO ini merupakan versi penambahbaikan kepada jentera Gen2 Formula E yang pernah digunakan pada siri perlumbaan 2019-2020 Formula E World Championship. 

 


Jika diperhatikan, hasil kerja pada badan jentera menampilkan rekaan serba baharu termasuklah wing hadapan, dan bahagian roda belakang yang kini terdedah sepenuhnya, tidak lagi tertutup seperti jentera terdahulu. 

Perubahan di bahagian belakang diteruskan dengan penampilan sirip jerung dan diffuser rekaan baharu. 
 


Jentera Gen2 EVO ini masih mengekalkan penggunaan trenkuasa elektrik yang sama, termasuklah pek bateri 54 kWh daripada McLaren Applied Technologies yang menghasilkan 335 hp maksimum dan dibantu oleh tayar Michelin 18 inci jenis all-weather.

Gen2 EVO akan diperlihatkan secara rasmi pada acara Geneva International Motor Show 3 Mac ini.