Gemballa GmbH menang tuntutan ke atas anak Gemballa, Marc Philipp Gemballa

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Gemballa GmbH yang sebelum ini diasaskan oleh mendiang Uwe Gemballa berjaya memenangi tuntutan ke atas syarikat MP Gemballa GmbH milik anak mendiang, iaitu Marc Philipp Gemballa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Marc Philipp Gemballa menerusi syarikatnya MP Gemballa GmbH didakwa cuba untuk mengeksploitasi reputasi yang dimiliki oleh Gemballa GmbH dengan cara yang tidak kompetitif menerusi siaran media serta hantaran di media sosial, selain mendakwa beliau meneruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh bapanya.

Berdasarkan arahan mahkamah yang dikeluarkan oleh Regional Court of Stuttgart, MP Gemballa kini dihalang berbuat demikian, atau denda bernilai sehingga €250,000 (RM1.24 juta) serta penjara bakal menanti.

 

Gemballa Avalanche 4x4


Marc Philipp Gemballa juga sebelum ini turut didenda oleh Cologne Higher Regional Court sebanyak beberapa ribu euro kerana melanggar arahan mahkamah.

Gemballa GmbH juga akan mengambil tindakan terhadap penggunaan nama 'Marc Philipp Gemballa Marsien' disebabkan hak penggunaan nama Gemballa di dalam sektor automotif dipegang secara eksklusif oleh Gemballa GmbH.

Sumber: Gemballa GmbH

Berita Berkenaan

Berita Global
Nama Gemballa diperoleh daripada nama asal pengasasnya, Uwe Gemballa sebelum hak milik ke atas…