Gelora di Proton?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun tarikh pelancaran model sulung Proton/Geely bakal berlangsung, desas-desus mengenai ribut di dalam pengurusan Proton semakin kuat terdengar.

Baru-baru ini Careta menerima informasi berkaitan dengan salah seorang dari tunjang utama Proton sudah menghantar surat perletakan jawatan beliau.

Pihak Geely pula dikatakan mahukan seorang Bumiputra untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan tersebut.

Careta beranggapan ini satu perkara yang sukar kerana tempat ini memerlukan interaksi dan kerjsama dari para pengedar Proton yang kini lebih terdiri dari kaum Cina.

Dari pelancaran-pelancaran wakil pengedar baharu yang dilihat, majoriti pengedar besar Proton ialah dari peniaga berbangsa Cina. 

Permintaan Careta untuk mengetahui jumlah pengedar bumiputera telah ditolak atas alasan ia adalah "isu sensitif".

Pengedar-pengedar kecil akan menerima stok mereka dari pengedar-pengedar besar ini, yang bermaksud sukar untuk pengedar kecil untuk naik ke atas.

Careta difahamkan ini dilakukan kerana Geely mahukan Proton segera mencatatkan keuntungan. 

Jika ini benar, Geely sepatutnya menolak terus sebarang agenda bumiputera dan terus mengambil sesiapa sahaja yang mereka rasa layak untuk menerajui Proton.

Namun begitu, Geely juga tidak boleh lagi menerima insentif-insentif dan keistimewaan yang diterima oleh Proton sebelum ini dan juga status bumiputra syarikat itu harus dilucutkan. Ini sesuatu yang mudah dilakukan kerana rata-rata pengurusan tertinggi Proton sekarang terdiri dari rakyat China. 

Selain dari itu, pemegang besar saham Proton, Kumpulan DRB-Hicom juga sudah mula mengadu kerana pengurusan baharu Proton seakan-akan tidak mahu membabitkan DRB di dalam apa juga aktiviti syarikat.

Mungkin juga arahan DRB tidak datang dalam Bahasa Mandarin dan ini menyukarkan pihak pengurusan Proton untuk memahami apa arahan dari pemegang saham terbesar.

Careta akan terus memantau isu berkaitan. 

* Terbaharu

Selepas artikel ini ditulis, Careta telah diberitahu bahawa seorang Pengarah tempatan telah pun meninggalkan Proton dan beberapa orang lagi (termasuk rakyat Malaysia berbangsa Cina) dalam proses untuk meninggalkan lagi syarikat tersebut. Alasan yang didengar dari sumber dalaman Careta ialah pengurusan dari China itu tidak pandai menghormati orang tempatan dan pemilihan pekerja baharu yang rata-rata boleh berbahasa Mandarin sahaja. 
 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…