Gelombang haba - Autobahn dikenakan sekatan halaju, kenderaan lama dilarang memasuki kawasan bandar

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika ini, sebahagian besar kawasan Eropah dilanda fenomena gelombang haba yang sangat kritikal, dan pihak berkuasa memberikan amaran suhu mampu mencapai tahap maksimum 40 darjah Celcius. 

Kesan daripada kenaikan suhu tersebut, beberapa langkah drastik telah diambil, termasuklah mengenakan sekatan had laju pada sesetengah seksyen di lebuhraya Autobahn. 

Menurut kementerian pengangkutan Jerman timur, negeri tersebut telah melakasanakan had kelajuan 100 km/j sehingga 120 km/j pada kawasan yang biasanya tidak dikenakan had laju maksimum. 

Selain daripada itu, majlis perbandaran juga turut melarang kemasukan sesetengah kenderaan penghantaran barang dan kereta lama yang mempunyai kadar emisi yang lebih tinggi daripada memasuki kawasan bandar. 

Sementara itu di Perancis, beberapa buah sekolah telah ditutup disebabkan suhu yang mencecah 39 darjah Celcius. 

Ini merupakan satu fenomena yang jarang berlaku, memandangkan kebanyakan rumah dan pejabat tidak mempunyai sistem pendingin hawa!

Melihatkan kepada situasi yang semakin membimbangkan, kerajaan tempatan dan badan amal mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada golongan tua. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…