Gelombang Haba - 30 kawasan Semenanjung di tahap berjaga-jaga

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius hari ini berbanding 23 kawasan semalam.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Metereologi Malaysia (MET) setakat pukul 4.45 petang tadi, jumlah itu menunjukkan lapan kawasan baru iaitu Pulau Langkawi (Kedah), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Kuala Krai (Kelantan), Selama dan Manjung (Perak), Jempol (Negeri Sembilan), serta Alor Gajah dan Melaka Tengah (Melaka).

Sementara itu, Chuping di Perlis; Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Klang dan Petaling (Selangor); Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan; Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur kekal di Tahap 1.

Pendang, Kedah kekal pada tahap dua (tahap gelombang haba) iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak kelmarin (17 Mac).

Port Dickson yang mencatat suhu maksimum kurang 35 darjah Celcius semalam dilaporkan kembali ke Tahap 1 (berjaga-jaga) hari ini.


Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.

- Bernama

Baca: Tips Kekal Selamat Ketika Menunggang dalam Cuaca Panas

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, lebih 400,000 fasiliti pengecasan umum terkesan akibat…
Berita Global
Pada ketika ini, sebahagian besar kawasan Eropah dilanda fenomena gelombang haba yang sangat…
Informasi
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran gelombang haba yang kini melanda Semenanjung…