Gelar polis bodoh, wanita ini ditahan di Persiaran Surian

oleh Mohamad Hanif|
Seorang wanita yang memandu sebuah Proton Geely X70 putih telah ditahan kerana didapati menjerit sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap pasukan polis yang membuat sekatan jalan di Persiaran Surian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Wanita tersebut merupakan sebahagian daripada ratusan pemandu yang ditahan kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan.

Menurut OCPD Petaling Jaya, Asst Comm. Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, masih terdapat warga yang sengaja memandu jauh dari tempat kediaman untuk mendapatkan barang keperluan.

"Seperti contoh, ada yang tinggal di Kota Damansara namun sanggup memandu untuk membeli belah di Taman Megah.

Wanita berusia 30-an itu ditahan kerana menggelarkan pasukan polis 'bodoh' dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Menurut ACP Nik Ezanee lagi, selain daripada sekatan jalan di Persiaran Surian, mereka turut mengadakan 11 lagi sekatan jalan di seluruh daerah tersebut.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama…
Informasi
Namun, sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat golongan wanita yang cuba untuk memecahkan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua…