Geely Xingyue L Hi-X tampil dengan trenkuasa hibrid 245 PS/540 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Geely Xingyue L merupakan sebuah SUV bertaraf mercu yang telah dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu.

Jika versi asas membawakan enjin 2.0 liter turbo yang dibangunkan bersama Volvo, Xingyue L kini tampil dengan varian baharu yang digelar sebagai Hi-X membawakan trenkuasa hibrid.

Dari segi rekaan, Xingyue L Hi-X ini membawakan rekaan gril hadapan 'tertutup' dengan bahagian sisi serta logo yang beriluminasi, serta beberapa bahagian yang telah dioptimasikan rekaannya untuk aspek aerodinamik yang lebih baik.
 

Xingyue L Hi-X


Menurut Geely, enjin tiga silinder 1.5 liter yang dimuatkan pada SUV itu merupakan enjin hibrid produksi massa pertama di dunia menggunakan tenaga pendorong pengecas lampau (supercharger), dengan kadar kecekapan haba sekitar 43.32 peratus.

Sistem ini mampu menjana kuasa setinggi 245 PS dan daya kilas 540 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat, dan penggunaan bahan api sekitar 4.3 liter/100 km.

 

Xingyue L Hi-X


Kapasiti pek bateri tidak didedahkan, namun Geely mendakwa SUV besar ini mampu mencapai jarak pemanduan sejauh 1,300 km untuk setangki minyak penuh.

Segala kuasa yang dihamburkan itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi tiga peringkat DHT Pro (Dedicated Hybrid Transmission) daripada Leishen Power yang menampilkan dua motor elektrik dan berat sekitar 120 kg sahaja.
 

Xingyue


Ia dikatakan mampu menambahbaik pecutan dari pegun sebanyak 50 peratus, dan pecutan dari 80-120 km/j sebanyak 30 peratus.

Menariknya, unit daripada Leishen Power ini mampu menawarkan kadar NVH yang rendah, 20 tetapan mod pemanduan (!) serta keupayaan untuk naiktaraf perisian over-the-air (firmware-over-the-air, FOTA).
 

Xingyue L Hi-X


Harga jualan Xingyue L Hi-X bermula dari 173,700 yuan (RM114k), sedikit murah jika dibandingkan dengan versi premium AWD berharga 185,000 yuan (RM121k).

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Farizon FX merupakan cubaan Geely untuk menghasilkan trak pikap, dimana ia menggunakan asas…
Berita Domestik
Kehadiran model EV tersebut di tanah air menimbulkan spekulasi sama ada Proton mungkin akan…
Berita Global
Sedan segmen B yang dibangunkan daripada platform BMA ini disasarkan kepada golongan yang lebih…