Geely VF12 - SUV 7-tempat duduk baharu bakal dilancarkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Geely diberitakan sudah bersedia untuk melancarkan SUV baharunya.

Model VF12 ini adalah lebih besar dari Boyue yang popular di Malaysia dan mempunyai jarak roda yang lebih panjang dari model global popular, Toyota Highlander.

SUV ini juga dipercayai mampu memuatkan tujuh orang penumpang dan adalah salah satu dari lima model baharu yang akan dilancarkan oleh Geely untuk tahun ini.

Bahagian hadapan VF12 ini mengingatkan penulis kepada sebuah Kia tetapi dengan gaya yang lebih ringkas.

 

 

Di bahagian sisi pula, ia mempunyai lekuk-lekuk yang agresif di bahagian atas ruang roda.

Bahagian belakang pula lebih radikal, dengan kombinasi lampu yang kecil dan nama Geely terpasang di antara kedua-dua lampu tersebut.

Ia dijangka menggunakan enjin 1.5L turbo dan enjin 1.8L turbo.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan dari Reuters, Toyota dan FAW Group bakal melaburkan kira-kira 8.5 billion yuan atau…
Berita Global
Berlaku di China, kereta yang dipandu lelaki yang dikenali dengan nama Zhang itu hilang kawalan dan…
Berita Global
Malah, minggu pertama Februari sahaja mencatatkan penurunan jualan sehingga 92 peratus dengan hanya…