Geely - Untung turun 40% untuk separuh pertama 2019

oleh HEZERI SAMSURI|
Geely Automobile Holdings berkata untung untuk separuh pertama tahun ini melihat penurunan sebanyak 40 peratus.

Pasaran automotif yang merudum di China juga tidak memberikan ramalan yang kukuh untuk permintaan keadaan di negara besar itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Geely melaporkan keuntungan sebanyak 4.01 bilion Yuan bagi separuh pertama 2019, berbanding dengan 6.67 bilion Yuan untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Geely berkata antara punca kemerosotan itu kerana diskaun dan insentif yang tinggi bagi mengurangkan stok pada pengedar-pengedar mereka serta perlaksanaan standard asap China 6 yang lebih ketat bermula Julai lalu di beberapa kawasan di sana.

Dari Januari hingga Jun 2019, Geely menjual sebanyak 651,680 unit kenderaan, 15 peratus lebih rendah dari waktu yang sama tahun 2018.

Pasaran keseluruhan automotif di China menurun sebanyak 4.3 peratus bulan Julai lalu - penurunan untuk bulan ke 13 berturut-turut.

Geely menjual sebanyak 1.5 juta unit kenderaan dalam tahun 2018, 20 peratus lebih tinggi dari 2017.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…