Geely, Tencent bangunkan teknologi pemanduan autonomi, ruang kabin pintar

oleh Mohamad Hanif|
Zaman peralihan kepada kenderaan generasi berikutnya menyaksikan beberapa syarikat gergasi teknologi mula menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif dalam usaha untuk menawarkan teknologi yang terbaik kepada pengguna.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, Geely dilaporkan menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi internet China, Tencent bagi membangunkan teknologi pemanduan autonomi dan ruang dalaman kenderaan pintar berdasarkan laporan daripada Reuters.

Ini merupakan langkah terbaharu yang diambil oleh Geely selepas mereka mengumumkan kerjasama dengan Baidu bagi membangunkan kenderaan elektrik, dan Foxconn bagi menyediakan kontrak penghasilan kenderaan elektrik untuk kegunaan syarikat lain.

Menerusi kerjasama terbaharu ini, Geely mensasarkan penghasilan ruang dalaman kereta pintar yang memfokuskan kepada perkhidmatan mobiliti dan digital, selain meneroka peluang untuk menguji pemanduan autonomi.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Huaxun Network System Co dari Shanghai meminta makhkamah untuk memulakan prosedur bankrap…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Information, suntikan dana ini bakal digunakan untuk meluaskan lagi…
Berita Global
Kelemahan ini berhubungkait dengan sistem infotainmen yang dicatatkan sebanyak lapan kerentanan,…