Geely tembus pasaran Filipina!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas berjaya menawan pasaran Malaysia (menerusi Proton) dan memasuki Singapura menerusi model elektrik GE11, Geely Auto tidak duduk diam dalam usaha untuk terus menakluki pasaran-pasaran yang lain.

Terbaharu, Geely Auto telah menandatanganin perjanjian bagi memasuki pasaran Filipina bersama-sama syarikat Sojitz Corporation. 
 


Di bawah perjanjian ini, Sojitz telah diberikan hak secara rasmi oleh Geely Auto untuk mengimport dan menjual kenderaan Geely di Filipina di bawah syarikat subsidiari Sojitz G Auto Philippines Corporation (SGAP).

Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan berkenaan model yang bakal ditawarkan untuk pasaran Filipina, atau bilakah pusat pengedar rasmi pertama yang akan dibuka. 

Sojitz berpengalaman luas di dalam arena automotif Filipina semenjak tahun 1960-an lagi. 

Sebelum ini, mereka juga merupakan pengedar rasmi kepada Fuso Trucks and Buses selain memegang 49% hak di dalam Mitsubishi Motors Filipina.

Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekod ini dicapai menerusi pemanduan dari Sydney ke Melbourne melalui laluan pesisir pantai ikonik…
Berita Global
  Geely Auto kini sedang giat membangunkan sebuah syarikat pengedar di UK, dikenali sebagai Geely…
Berita Global
  Bagaimana pula dengan prestasi kewangan? Sama-sama mencatatkan prestasi cemerlang. Hasil (…