Geely SX12 kekal penampilan elemen Concept Icon

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan imej pertama SUV Geely SX12 yang dikongsikan oleh media automotif dari Tanah Besar China yang menampakkan ia sebuah SUV yang sudah bersedia untuk memasuki fasa produksi.

Kira-kira 12 bulan yang lalu, Careta turun sendiri ke acara Beijing International Auto Show 2018 untuk melihat dengan lebih dekat model Geely Concept Icon. 

Baca: Geely Concept Icon 2018

 

Geely Concept Icon yang dipamerkan tahun lalu

Model konsep ini digambarkan sebagai pembayang falsafah rekaan Geely untuk model-model akan datang dan menurut Geely lagi, Icon memang dihasilkan untuk menjadi sebuah ikon. 

Berdasarkan pengamatan, Geely SX12 ini tidak begitu lari jauh daripada rekaan Geely Concept Icon, seperti rekaan badan berkotak, gril hadapan yang tirus serta penampilan gelung infiniti pada lampu hadapan dan belakang. 
 


Elemen kosmos berkembang yang menjadi lambang tradisi Geely masih lagi mendominasi pada bahagian bumper hadapan dan belakang, namun dengan rekaan yang lebih moden. 

Jika Geely Concept Icon menampilkan rekaan papan pemuka yang lebih ringkas, Geely tidak membawakan konsep yang sama pada Geely SX12, di mana papan pemuka konvensional masih lagi digunakan. 

Rekaan tombol gear futuristik Concept Icon juga tidak dibawakan pada Geely SX12. 
 

Ruang dalaman Geely Concept Icon

Menurut laporan yang serba terhad, Geely SX12 ini bakal menggunapakai enjin 1.5 liter berkuasa turbo menghasilkan 177 kuasa kuda. 

Berkemungkinan besar Geely bakal memperkenalkan model SUV SX12 ini bersama-sama model sedan elektrik GE11 pada acara Shanghai Auto Show bulan hadapan.