Geely siar gambar acah pikap RADAR, bakal lancar bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Geely bakal hadir dengan sebuah trak pikap berkuasa elektrik di bawah jenama baharu yang memfokuskan kepada gaya hidup aktif dan mencabar - RADAR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, pengeluar China itu mendedahkan beberapa keping gambar acah trak pikap tersebut mendahului pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.
 

Radar


Berdasarkan gambar tersebut, trak pikap RADAR itu membawakan persamaan rupa paras dengan SUV Geely Haoyue seperti unit lampu depan, lampu nyalaan siang DRL yang bersambung dengan jalur krom pada gril, serta bukaan bampar yang agresif.

Bahagian sisi trak pikap ini menampakkan binaan badan unibodi dengan penambahan cladding badan plastik, tempat pemijak sisi, serta rekaan bed yang kecil berbanding trak pikap konvensional.
 

Radar


Sementara bahagian belakang pula menampilkan unit lampu yang dihubungkan dengan jalur LED nipis, serta perkataan GEELY pada bahagian tailgate.

Berdasarkan laporan, jenama RADAR itu sendiri merupakan singkatan bagi Rational, Alone, Discovery, Accompany dan Romantic - memperlihatkan RADAR sebagai sebuah jenama yang dikhususkan untuk mereka yang gemarkan aktiviti yang mencabar.
 

radar


Terdapat ura-ura Geely menggunakan platform SEA untuk membangunkan trak pikap elektrik ini, di mana butiran lanjut hanya bakal diketahui dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…