Geely sedang uji trak pikap elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Segmen kenderaan komersial turut tidak dapat lari daripada trend EV dan Geely nampaknya mempunyai satu model menarik yang mampu menarik perhatian golongan peminatnya di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik yang bakal dijual dibawah divisyen kenderaan komersial Farizon Auto.

Menurut sumber dari China, trak pikap ini bakal menggunakan casis ladder frame serba baharu yang dibangunkan khusus untuk kenderaan komersial elektrik.
 

EV


Menariknya, model trak pikap ini banyak menampilkan elemen rekaan yang ada pada SUV Geely Hao Yue (atau Proton X90) seperti unit lampu utama, bentuk tingkap sisi, serta lampu belakang dengan jalur LED melintang.

Menguatkan lagi teori ini sebuah trak pikap elektrik adalah kehadiran komponen pek bateri yang dimuatkan pada bahagian bawah casis, serta sistem suspensi multilink pada bahagian gandar belakang.
 

X70


Jika anda masih ingat, dua tahun lalu Geely pernah muncul dengan idea trak pikap urban Farizon FX menggunakan asas daripada Geely Boyue (Proton X70).

Idea tersebut sememangnya pelik, ini kerana bahagian bed belakang dilihat merupakan satu tambahan kepada bentuk SUV Boyue dan bukannya rekaan bed belakang yang sebenar.

Baca: Farizon FX - trak pikap guna asas Geely Boyue

Jadi dengan adanya model trak pikap yang sebenar, adakah Geely bakal membawa masuk model ini dan dijadikan sebagai pengganti sebenar kepada model Arena?

p/s: Arena masih lagi tak turun harga ya?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…