Geely sambut unit ke-sejuta Boyue dengan gril Infinite Weave X70

oleh Mohamad Hanif|
Tiga tahun sebelum ia direalisasikan sebagai Proton X70, SUV Geely ini memulakan hayat dengan nama Boyue dan tanggal 4 Ogos menyaksikan sudah lebih 1 juta unit Geely Boyue berjaya dijual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk meraikan pencapaian tersebut, Geely telah menghasilkan Boyue edisi khas yang membawakan rekaan gril Infinite Weave yang lari daripada tipikal Geely 'Expanding Cosmos' sebelum ini.

Selain daripada gril rekaan Malaysia itu, Geely Boyue turut diberikan kemasan warna badan pada ruangan bukaan udara sisi, dan di bahagian belakang tulisan 'Geely' melintangi bahagian tersebut - sama seperti Proton X70.

 


Terdapat tiga varian ditawarkan, di mana ketiga-tiga versi ini hadir dengan enjin 1.8 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi manual (163 PS/250 Nm) untuk varian asas, dan transmisi DCT dengan angka output 184 PS/300 Nm untuk varian pertengahan dan varian tertinggi.

Antara perubahan lain seperti yang dilaporkan oleh media tempatan termasuklah casis yang dinaiktaraf menggunakan bahan keluli berkekuatan tinggi untuk bahagian subrangka belakang.

Harga jualan pula bermula dari RMB99,800 (RM60,122) manakala varian tertinggi dengan tambahan kelengkapan mewah pula bermula dari RMB116,800 (RM70,366).

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…