Geely, Renault bentuk kerjasama hasilkan kereta hibrid untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif dari Perancis, Renault dilaporkan membentuk kerjasama dengan syarikat China Geely Holding kira-kira setahun selepas penamatan operasinya di pasaran automotif terbesar dunia itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara Renault-Geely itu membolehkan Renault kembali menjalankan perniagaan menjual kenderaan hibrid serta pemasaran di China dengan menggunakan teknologi, rantaian bekalan, serta fasiliti pembuatan Geely.

Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua syarikat itu juga bersetuju untuk meneroka lokalisasi bersama untuk menjual kenderaan hibrid Lynk & Co di Korea Selatan, di mana Renault telah menghasilkan dan menjual kenderaan lebih daripada tempoh dua dekad.

Selain daripada China dan Korea Selatan, kerjasama itu juga bakal dikembangkan kepada pasaran Asia yang pesat membangun, selain melihat kepada pembangunan kenderaan elektrik bersama.
 

Lynk & Co


Menurut salah satu sumber yang rapat dengan perkembangan ini, kerjasama Renault-Geely ini berkemungkinan besar akan dikawal oleh Geely, tidak seperti kerjasama Geely-Daimler yang terbentuk sebelum ini dimana kedua-dua syarikat memiliki pegangan yang sama rata.

Setakat ini, tidak diketahui bagaimana kerjasama Renault-Geely ini bakal memberikan impak kepada pakatan Renault-Nissan, namun menurut dua pimpinan tertinggi yang dihubungi Reuters memberitahu, mereka tidak menyedari rundingan yang dijalankan antara Renault dan Geely.

Mereka menambah, Nissan berkemungkinan besar bakal mendapat manfaat sekiranya mereka mendapat akses kepada rantaian bekalan Geely, namun masih terlalu awal untuk menilai kesan gabungan Renault-Geely ini.

Sebelum ini, Renault dan Nissan memiliki rakan perniagaan Dongfeng di negara tersebut sebelum kerjasama Renault-Dongfeng ditamatkan pada tahun 2020.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…