GEELY, RENAULT BAKAL HASILKAN ENJIN BERSAMA

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kereta dari Perancis, Renault dan juga Geely dijangkakan bakal memuktamadkan keputusan usaha sama mereka dalam menghasilkan enjin sel bahan api serta enjin hibrid menjelang akhir Februari.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pada masa yang sama, pengeluar minyak terbesar dunia, Saudi Aramco turut bersedia mengumumkan untuk melabur dalam usaha niaga antara dua jenama automotif tersebut.

renault

Walaupun Renault sentiasa dibayangi oleh saingan yang besar dari Stellantis, dengan perjanjian tersebut, ia boleh meningkatkan perniagaan dan menyumbang sebahagian besar pendapatan Renault.

Ketika ini, Renault juga masih cuba untuk membuat kemajuan dalam penghasilan serta pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Unit Renault Horse dan Geely boleh berakhir dengan 40 peratus daripada usaha sama masing-masing, dengan baki 20 peratus akan diserahkan kepada Aramco.

Pada Julai lalu, Renault dan Geely telah berkata usaha niaga itu akan dibahagikan secara 50-50, dengan pegangan Geely dikongsi antara anak syarikatnya - 33 peratus untuk Aurobay dan 17 peratus untuk GHPT.

Usaha tersebut akan menyasarkan $16 bilion dalam perolehan tahunan dan menggaji seramai 19,000 orang di 22 tapak di seluruh dunia - terutamanya di Sepanyol, Romania, Turki, Amerika Selatan dan China.

Dengan menandatangani pelbagai perkongsian, ia dapat mengurangkan kos dan mengakses pasaran baharu untuk Renault kekal dalam menentang pesaing yang lebih besar.

Untuk membaca lanjut dan terperinci, boleh layari pautan yang dikongsikan ini ; EconomicTimes .