Geely Preface 2021 - bayangan pengganti Perdana?

oleh Mohamad Hanif|
Setahun yang lalu, Geely telah memperlihatkan sebuah model konsep Preface - sedan sports yang dibangunkan berdasarkan pelantar Compact Modular Architecture (CMA) oleh Volvo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Geely Preface sudah pun menghampiri fasa produksi, dan berdasarkan beberapa keping gambar rasmi telah pun diterbitkan oleh Geely baru-baru ini.

Geely Preface merupakan model kedua yang dibangunkan atas platform perkongsian Geely-Volvo selepas model crossover coupe Xing Yue (FY11).

 


Jika dibandingkan dengan kereta konsep yang dipamerkan sebelum ini, tiada lagi kehadiran pintu suicide, manakala kamera sisi telah digantikan dengan komponen cermin fizikal.

Sementara rekaan lampu dan juga bumper turut diberikan sedikit perubahan, manakala rekaan gril expanding cosmos telah  diberikan nafas baharu.

Dari segi dimensi, Geely Preface memiliki ukuran sepanjang 4,785 mm, lebar 1,869 mm, dan tinggi 1,469 mm dengan jarak antara roda sekitar 2,800 mm.

 


Tiada sebarang informasi lanjut berkenaan trenkuasa yang bakal ditawarkan pada sedan Preface ini, namun berdasarkan penawaran terhadap model FY11, terdapat kemungkinan enjin 2.0 liter turbo (190 PS/350 Nm) bakal diperkenalkan, termasuklah varian hibrid.

Syarikat automotif negara, Proton dikhabarkan bakal melancarkan sedan baharu menjelang tahun 2021 dan 2022, adakah Preface ini bakal menjadi model pengganti Perdana?

Proton Perdana (asas daripada Honda Accord) kini mempunyai dimensi panjang 5,020 mm, lebar 1,845 mm, tinggi 1,475 mm manakala jarak antara roda pula menyamai apa yang ditawarkan oleh Geely Preface.

 


Apapun, tunggu dan lihat sahaja apakah strategi yang bakal digunakan oleh Proton dalam memperkasakan produknya di pasaran tempatan.

Ini kerana berdasarkan laporan daripada Reuters, Geely dikatakan akan menggunakan platform CMA, membolehkan mereka memanfaatkan teknologi Volvo untuk model-model baharu Proton pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disifatkan sebagai sedan paling mewah Geely pernah hasilkan pada ketika ini, ruang dalaman Geely…
Berita Global
Di peringkat global, Geely juga mahu menunjukkan taringnya yang tersendiri, dan beberapa hari yang…