Geely perlihat model ketiga dari platform CMA - SUV tujuh tempat duduk, bakal muncul Q3 2021

oleh Mohamad Hanif|
Geely baru-baru ini telah memperlihatkan beberapa keping gambar teaser merujuk kepada model ketiga yang akan dibangunkan daripada platform CMA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek yang dikenali dengan kod dalaman KX11 itu dikatakan akan mula dijual bermula suku ketiga tahun ini.

Platform Compact Modular Architecture (CMA) merupakan pelantar yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely, dan ia telah pun digunakan pada model-model seperti Xing Yue, Xing Rui, Volvo XC40, Polestar 2 serta model-model di bawah jenama Lynk & Co.

 


Menurut laporan daripada media China, Geely KX11 akan diposisikan dekat dengan SUV terbesar Hao Yue, dengan dimensi kira-kira 4.8 meter dan jarak antara roda 2.8 meter, menawarkan sehingga tiga baris tempat duduk dan mampu memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.

Ini menjadikan Geely KX11 sebagai pesaing kepada model-model SUV tiga baris tempat duduk seperti Tiguan Allspace, serta model yang lebih premium Mercedes-Benz GLB-Class.

Pilihan enjin berkemungkinan besar akan membawakan persaman dengan model Xing Yue, iaitu enjin mild-hybrid 1.5 liter turbo (tiga silinder sebaris) yang menghasilkan 188 hp dan 300 Nm.

 


Model plug-in hybrid pula akan didatangkan dengan enjin yang serupa, serta gandingan motor elektrik yang mampu menghasilkan 255 kuasa kuda dan 415 Nm daya kilas.

Bagi mereka yang mahukan kuasa daripada enjin petrol semata-mata, terdapat pilihan enjin 2.0 liter turbo (empat silinder sebaris) dengan angka output 235 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…