Bo Rui GE Plug-In Hybrid itu dipersembahkan oleh Timbalan Presiden Kanan Rekabentuk bagi Geely, Peter Horbury.
"Pengguna di China semakin sofistikated dan semakin matang dan ia membantu Geely untuk menjadi sebuah jenama global dengan kenderaan-kenderaan yang mendahului segmen masing-masing. Semuanya menampilkan sedikit citarasa China pada rekabentuknya," terang Horbury.
Dari gril "expanding universe" yang sinonim dengan rekaan model-model Geely terkini sehingga kepada lampu-lampu LED Bo Rui GE yang mendapat inspirasi dari peminat tradisional China dan juga bayangan tali riben seorang ahli jimnastik, rupa paras kenderaan terkini Geely memang sangat dibanggakan.
Papan pemuka Full Vision dari Emgrand Concept yang dipamerkan tahun lalu akhirnya berjaya disiapkan dan ia dilengkap ke dalam Bo Rui GE ini.
Bo Rui GE akan didatangkan dalam dua varian:
1. Menggunakan enjin 1.5L turbo dan transmisi 7- Dual Clutch Technology yang dibangunkan bersama Geely dan Volvo dan mampu menjadi sejimat 1.6L/100 km.
2. Enjin 1.5L turbo tetapi dengan sistem "mild-hybrod" dan hanya mampu menjimatkan bahan api sehingga 15 peratus (5.8L untuk setiap 100km) berbanding dengan varian yang menggunakan enjin petrol biasa.
Bo Rui GE akan boleh dibeli pasaran China sahaja bermula dari tengah pertama tahun 2018.