Geely mulakan khidmat jualan kereta dalam talian

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kejatuhan angka jualan kenderaan di China yang semakin membimbangkan, Geely baru-baru ini melancarkan khidmat penjualan kenderaan dalam talian (online).

Dengan cara ini, pembeli bukan sahaja dapat memilih spesifikasi kenderaan yang diperlukan tanpa perlu menziarahi pusat pameran, kenderaan mereka juga akan dihantar secara terus ke depan pintu rumah. 

Geely juga turut menawarkan khidmat pandu uji di mana kenderaan pandu uji akan turut dihantar ke rumah, dengan kerjasama pusat pengedar yang berhampiran. 

Langkah memulakan penjualan secara dalam talian ini juga turut diikuti oleh pengeluar lain seperti Tesla, BMW, dan Mercedes-Benz mengikut saranan kerajaan tempatan supaya tidak keluar dengan sewenang-wenangnya. 

Sehingga kini, wabak coronavirus memberikan kesan yang buruk terhadap industri automotif China, sehinggakan jumlah jualan kenderaan merudum 92 peratus pada dua minggu pertama bulan Februari. 

Ia juga turut memberikan kesan kepada produksi syarikat automotif global yang bergantung sepenuhnya kepada rantaian bekalan dari kilang-kilang di China. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan operasi ini turut melibatkan fasiliti pemasangan Honda yang terletak di Pegoh, Melaka,…
Berita Domestik
Hal ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani…
Informasi
  “MAM akan terus memantau situasi semasa dan sentiasa memaklumkan maklumat terkini kepada…