Geely masuk pasaran komersil Thailand dengan teksi London TX4

oleh Mohamad Hanif|
Geely Commercial Vehicle mencatat satu lagi pencapaian penting di rantau Asia Tenggara apabila mereka secara rasminya melancarkan model teksi pemasangan tempatan TX4 di negara Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula daripada model TX4, GCV bakal memperkenalkan barisan produk komersil terkini daripada syarikat tersebut khusus untuk rantau Asia Tenggara dalam masa terdekat. 

Siri teksi TX sudah pun lama berada di pasaran untuk seabad lamanya di bawah London Taxi Company sebelum ia bertukar nama menjadi London Electric Vehicle Company sebagai sebuah subsidiari GCV. 

Pada tahun 2006, Geely Holding Group menguasai sebahagian pegangan di dalam Manganese Bronze dan membentuk sebuah syarikat JV iaitu Shanghai Yinglun Dihua Automobiles yang bertanggungjawab menghasilkan dan menjual teksi TX4 di China. 

Setelah menguasai sepenuhnya Manganese Bronze, Shanghai Yinglun Dihua Automobiles menjadi subsidiari sepenuhnya Geely Holding Group dan diletakkan di bawah pengurusan GCV. 

 


Pada tahun 2018, Shanghai Yinglun Dihua dan Asia Cab menandatangani perjanjian untuk menghasilkan dan menjual TX4 di Thailand. 

Dengan dimensi jarak antara roda sepanjang 2,883 mm dan ketinggian 1,823 mm, TX4 mampu menawarkan konfigurasi tempat duduk unik 1+2+3 yang boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa. 

Konfigurasi unik ini membolehkan penggunaan terutama bagi penumpang yang menggunakan kerusi roda. 

Selain daripada bandar-bandar besar seperti UK, Eropah, Australia dan Timur Tengah, TX4 juga turut berjasa di dalam acara besar seperti Sukan Olimpik Beijing 2008, Shanghai World Expo 2019, serta Guangzhou Asian Games 2010. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…