Geely mahu bina 5,000 stesen penukaran bateri EV menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada NIO, Geely juga turut mempunyai program penukaran bateri yang tersendiri, dan ia telah pun diumumkan sejak tahun 2017 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menjelang 2025, Geely Technology Group - sebuah syarikat subsidiari Geely - berazam untuk membina sehingga 5,000 buah stesen penukaran bateri di China.
 

Geely


Syarikat itu juga turut memperlihatkan teknologi di sebalik perkhidmatan penukaran bateri E-Energee di Wuzhen Internet Conference 2021, di mana proses tersebut secara keseluruhan hanya memakan masa kurang satu minit.

Stesen pertama E-Energee telah dibina di Chongqing pada September 2020, diikuti dengan 10 buah lagi stesen pada tahun berikutnya.
 

Geely


Jika dibandingkan dengan sistem terdahulu, Geely menyatakan proses penukaran bateri boleh disempurnakan dalam masa 59 saat berbanding tempoh 90 saat.

Ini adalah jauh lebih pantas berbanding proses pengecasan bateri, malah jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan proses pengisian bahan api pada kenderaan konvensional.
 

Geely


Sistem ini turut menyokong perkhidmatan pembayaran dalam talian, dan pemandu tidak perlu untuk keluar dari kereta sepanjang proses penukaran bateri dibuat.

Syarikat automotif China NIO turut mempunyai sistem penukaran bateri EV yang tersendiri, namun proses penukaran lengkap tersebut memakan masa sekitar tiga minit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…