Geely lihat Fiat Chrysler dahulu sebelum beli saham Daimler

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Laporan terkini dari Eropah berkata Geely sebenarnya telah mengkaji untuk membeli syarikat Fiat Chrysler Automobiles (FCA) sebelum membuat keputusan untuk membeli saham-saham Daimler yang mengawal Mercedes-Benz.

Menurut Automotive News, sebuah syarikat automotif dari China pernah menghantar bidaan untuk FCA pada bulan Ogos tahun lalu tetapi ditolak kerana terlalu rendah.

Sumber yang rapat dengan perihal ini memberitahu Bloomberg pula bahawa Li Shufu, CEO Geely tidak membuat tawaran rasmi kepada FCA kerana mempunyai percanggahan pendapat akan masa hadapan FCA selepas melihat pelan perancangan lima tahun syarikat itu.

FCA ialah sebuah syarikat yang besar di Eropah dan di US tetapi tidak mempunyai jangkaun yang kukuh di kebanyakan tempat lain.

Dengan pasaran kenderaan China melebihi saiz pasaran US, memang sudah pasti syarikat automotif China akan bergerak keluar untuk mencari sumber teknologi baharu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bulan lalu, polis Australia dilaporkan berminat untuk menggunakan Dodge Charger versi pemanduan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…