Geely lancar subjenama EV Geometry - tiada perancangan untuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Singapura, Geely Auto Group baharu sahaja melancarkan jenama kereta elektrik mereka, Geometry dan sekaligus memperkenalkan Geometry A, sedan elektrik pertama untuk pasaran negara tersebut. 

Mungkin ramai yang menganggap, dengan peranan Geely sebagai pemegang saham terbesar di Proton akan membawakan jenama tersebut bagi pasaran Malaysia. 

Apatah lagi, Geely Boyue yang dijenamakan semula sebagai Proton X70 kini laris terjual, terima kasih kepada harganya yang berpatutan dan pakej yang ditawarkan. 

Namun, hasrat itu nampaknya tidak kesampaian apabila Geely sendiri tidak mempunyai perancangan untuk membawakan jenama tersebut ke Malaysia kelak. 

Hal ini diajukan oleh laman web SoyaCincau kepada Victor yang, Naib Presiden Perhubungan Awam Geely ketika majlis pelancaran tersebut, dan menurut Victor, Malaysia masih lagi kurang bersedia dari segi insentif dan infrastruktur untuk menyokong penggunaan EV. 

 


"EV seharusnya diberikan insentif, sama ada untuk tujuan pembinaan fasiliti, kos bahan atau rantaian pengedar, atau pemberian subsidi kepada OEM, atau kepada pembeli," tambah beliau. 

"Saya faham, tahap minat di kalangan rakyat Malaysia namun kerajaan Malaysia masih lagi tidak bersedia untuk mempromosikan penggunaan kereta elektrik secara meluas," ujar beliau lagi.

Victor walaubagaimanapun berpendapat teknologi hibrid Geely sedia ada akan ditawarkan pada kereta-kereta Proton pada masa akan datang. 

 

Geometry A dipacu dengan motor elektrik berkuasa 161 hp dengan daya kilas 250 Nm, dengan pecutan sepantas 8.8 saat dari pegun ke 100 km/j. 

Dua konfigurasi bateri ditawarkan, iaitu 51.9 kWh memberikan jarak operasi sejauh 410 km manakala versi 61.9 kWh mampu memacu sejauh 500 km. 

Geometry A juga dilengkapi sistem swapandu tahap 2+. 

Sumber: SoyaCincau

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…