Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai L380.
Menurut laporan Car News China, LEVC L380 itu merupakan satu rujukan kepada pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380, berkemungkinan besar tahap keluasan kabin yang ditawarkan.
Secara standard, LEVC L380 boleh didapati dalam konfigurasi enam atau lapan tempat duduk dengan susun atur tempat duduk 2+2+2+2.
Dari segi dimensi, L380 membawakan ukuran sepanjang 5,316 mm, lebar 1,998 mm, tinggi 1,940 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,185 mm.
Dibangun menggunakan pelantar Space Oriented Architecture (SOA) Geely, L380 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal oleh Viridi E-Mobility Technology berkuasa 268 hp dengan had kelajuan 170 km/j.
Kapasiti pek bateri tidak didedahkan buat masa ini, namun ia dikatakan merupakan unit ternary NMC yang dihasilkan oleh syarikat kerjasama CATL dan Geely.
Di China, LEVC L380 bakal bersaing dengan model seperti Li Mega, Denza D9, Xpeng X9, Maxus Mifa 9 dan Zeekr 009.
Sumber: Car News China