Serentak dengan itu, mereka juga turut memperlihatkan produk pertama berupa sebuah trak pikap berkuasa elektrik RD6.

Dibangun berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA), rekaan luaran RD6 ini telah mendapat sentuhan daripada ikon rekaan automotif, Peter Horbury dari studio rekaan di UK.
Spesifikasi trak pikap elektrik ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi, namun platform SEA ini mampu menawarkan konfigurasi motor elektrik tunggal dan motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda.

Malah, ia juga mampu menawarkan ruang storan yang lebih besar terutama dengan kehadiran ruang kargo di bahagian 'enjin', serta rekaan bed belakang yang menampilkan kemudahan slot kuasa.
Difahamkan, produksi Radar Auto RD6 ini akan mengambil tempat di Zibo, Shandong dan akan diedarkan kepada pelanggan menjelang suku keempat tahun 2022.

Selain daripada trak pikap, Radar Auto juga akan turut membangunkan portfolio penuh kenderaan elektrik gaya hidup termasuklah SUV, ATV, serta beberapa produk yang berkaitan.