Geely lancar jenama EV 'Zeekr' untuk lawan Tesla

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini Geely telah pun mempunyai jenama EV yang tersendiri digelar sebagai Geometry, ia dilihat tidak mencukupi untuk melawan jenama EV yang lebih besar dan lebih terkenal, Tesla.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Disebabkan itu, syarikat yang memiliki jenama Volvo, Lynk&Co, Polestar dan Proton itu melancarkan sebuah lagi jenama EV yang dikhususkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang lebih premium, dengan nama baharu Zeekr.

Jenama baharu ini akan dikendalikanoleh Lingling Technologies, sebuah lagi syarikat subsidiari Geely di mana ia akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan kemaskini terhadap senibina kenderaan elektrik Geely, serta membangunkan strategi EV untuk pelbagai jenama di bawah Geely.

Zeekr merupakan percubaan Geely untuk melawan pengaruh Tesla yang kian meluas di negara China sejak kebelakangan ini, dan akan menggunakan taktik jualan yang dipelopori oleh Tesla dengan membuka pusat pameran di bandar-bandar besar dan menjual kenderaan pada harga tetap.

Difahamkan, Zeekr akan menggunakan senibina Sustainable Experience Architecture (SEA) daripada Geely, dan ia disifatkan sebagai senibina kenderaan elektrik sumber terbuka pertama yang lebih versatil dan efisien.

Platform SEA menjanjikan EV dengan pek bateri berkapasiti 110 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 700 km dan motor elektrik yang mempunyai kuasa sehingga 635 hp.

Dari segi pengecasan, ia mampu mencapai jarak operasi sejauh 120 km dalam masa lima minit sahaja, dan kitaran hidup sehingga 2 juta kilometer.

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…