Geely labur €50 juta dalam syarikat teksi udara Volocopter

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemula teksi udara yang berpengkalan di Jerman, Volocopter semalam (9 September) mengumumkan penerimaan dana pelaburan sebanyak €50 juta (RM230 juta) daripada pemilik jenama Volvo, Geely.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dana yang baharu diumumkan itu bakal digunakan oleh Volocopter untuk melancarkan perkhidmatan teksi udara berkuasa elektrik dalam tempoh masa tiga tahun akan datang. 

Geely juga dikatakan bakal membentuk satu pakatan baharu bersama Volocopter untuk membangunkan sebuah syarikat pemula di China. 

Sebelum ini, Volocopter telah berjaya menunjukkan demonstrasi kepada umum kenderaan jenis eVTOL (elektric vertical takeoff and landing), terbaharu di lapangan terbang Helsinki. 

 


Namun begitu, keupayaan eVTOL sebagaimana yang kita ketahui amat terhad kerana fasa penerbangan memerlukan bekalan tenaga yang banyak di mana ia tidak mampu dipenuhi oleh teknologi bateri semasa. 

Kebanyakan ujian Volocopter (menerusi model prototaip 2X) hanya mampu mencapai jarak operasi selama 30 minit dengan jarak sejauh 27 kilometer sahaja. 

Terbaharu, Volocopter telah memperkenalkan VoloCity, pesawat eVTOL generasi keempat yang mempunyai keupayaan yang lebih baik berbanding model 2X - jarak operasi sejauh 35 kilometer dengan kelajuan maksimum 110 km/j.

Syarikat itu juga turut membayangkan sistem pengangkutan udara tersendiri dikenali sebagai Volo-ports yang dikatakan mampu membawa 1,000 penumpang menggunakan perkhidmatan teksi udara setiap jam pada masa hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…
Berita Global
Meizu juga menerima pelaburan dari Alibaba group Holding dan ia pernah menjual melebihi 20 juta…