Geely Haoyue - crossover saiz pertengahan dengan tiga baris tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Geely VX11, atau nama rasminya Geely Haoyue (bermaksud hero atau mewah) merupakan model terbaharu yang diumumkan oleh Geely dan membawakan konfigurasi tiga baris tempat duduk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, SUV ini akan mula dijual lewat tahun ini. 

Menurut sumber daripada beberapa laman web automotif, Geely Haoyue ini bakal menerima dua variasi enjin, iaitu enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter (174 hp/255 Nm) atau enjin empat silinder sebaris 1.8 liter (181 hp/300 Nm).

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik enam nisbah kelajuan ataupun transmisi klac berkembar DCT dengan tujuh nisbah kelajuan.
 


Dari segi saiz, Geely Haoyue didatangkan dengan jarak antara roda 2,815 mm, dengan dimensi 4,835 mm x 1,900 mm x 1,780 mm (panjang x lebar x tinggi).

Ini menjadikan Geely Haoyue hampir kepada sebuah model crossover saiz pertengahan Mazda CX-8 yang turut sama menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk.

Penampilan luaran crossover ini tidak lari daripada bahasa rekaan Geely, iaitu gril Expanding Cosmos, logo Geely berwarna hitam, lampu LED dengan lampu nyalaan siang DRL, lampu kabus LED dan rekaan bumper hadapan bersegi. 
 


Sisi crossover ini turut diserikan dengan pemakaian cladding plastik pada arca roda yang menampilkan set rim bersaiz 19 inci. 

Namun, anda tidak harus bergembira terlebih dahulu kerana tidak dapat dipastikan lagi model ini bakal ditukarkan lencananya menjadi sebuah Proton. 

Apatah lagi Proton ketika ini sedang bertungkus lumus menghasilkan X70 CKD, diikuti X50 dan juga beberapa model yang sedang menunggu giliran. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi dimensi, Geely Haoyue memiliki dimensi panjang 4,835 mm, lebar 1,900 mm dan tinggi 1,780…