Geely Hao Yue bakal jadi SUV tujuh tempat duduk pertama dari Proton?

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Funtasticko
Tatkala ramai yang masih lagi belum berpuas hati dengan foto Iriz dan Persona MC2 yang bocor tempoh hari, timbul pula kelibat sebuah lagi model ujian yang bakal membuatkan para peminat jenama Proton tidak senang duduk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan video yang diperoleh daripada Funtasticko (melalui pembacanya Kelvin Wong), unit yang dipandu uji dan penuh dengan pelekat samaran itu dikenal pasti sebagai Geely Hao Yue (VX11) atau nama rasmi Okavango di negara jiran Filipina.

 


Ini adalah berdasarkan reka bentuknya yang lebih bersegi jika dibandingkan dengan Proton X70, penampilan gril hadapan Expanding Cosmos, serta rekaan lampu belakang yang masih jelas kelihatan.

 


Rakan media Funtasticko sebelum ini turut melaporkan Proton sedang mempertimbangkan untuk mengubah lencana Geely Hao Yue menjadi sebuah Proton yang sebenar menjelang akhir tahun 2022.

Di pasaran Filipina, Geely Okavango ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo dibantu dengan sistem hibrid ringkas yang berupaya menjana 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas, serta padanan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

 


Dari segi dimensi, ia berukuran 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi dengan jarak antara roda sekitar 2,815 mm.

Persoalan timbul, adakah Proton sedia meletakkan nama 'X90' pada model Geely Hao Yue ini?

Sumber: Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik…
Berita Domestik
Kelibat sebuah lagi produk SUV Proton sebenarnya telah pun dikesan beberapa bulan yang lalu, dan…
Berita Domestik
Namun, terdapat berita terbaharu yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko yang mendedahkan…