Geely FY11 - cubaan untuk menawan pasaran SUV coupe

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang yang sukar untuk melupakan produk-produk Proton pasca-Mitsubishi, salah sebuah model yang sporty pernah Proton hasilkan sudah tentu Proton Gen2 dengan bentuk badan ala-ala coupe yang dikira agak mendahului zaman.

Pada ketika itu, ia menjadi satu perkara yang mengundang kritikan oleh kerana ruang kepala yang sempit, sehinggakan Proton cuba memperbaiki apa yang kurang dengan pengenalan Proton Persona CM6. 

Sehinggalah zaman kebangkitan SUV coupe, bentuk coupe yang diinspirasikan daripada Gen2 itu kini menjadi kelaziman seperti apa yang dilakukan oleh BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE.
 


Minggu ini, Geely telah memperlihatkan gambar acah SUV coupe pertama mereka dengan kod nama FY11, menampilkan reka bentuk unsur Eropah yang moden dan seimbang, serta garisan bumbung coupe. 

Tidak mahu dilihat melupakan kulit, elemen asas rekaan Geely turut dimuatkan termasuklah rekaan pada lampu belakang, gril hadapan yang tidak terlalu besar dimensinya serta penampilan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk 'anak panah digital'.

 


Geely FY11 ini dihasilkan di Geely Design Shanghai dan diketuai oleh tidak lain dan tidak bukan, insan yang bergelar Peter Horbury. 

SUV coupe ini dibangunkan menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA), pelantar sama yang digunakan untuk SUV Volvo XC40, Geely Borui GE serta model-model di bawah Lynk & Co. 

 


Jadi, memandangkan Proton kini sudah pun di bawah naungan Geely, adalah model ini bisa menawan hati dan nurani rakyat Malaysia? 

Dengan spesifikasi dan harga yang munasabah, tidak mustahil ia bakal menjadi model yang menaikkan nama pembuat kereta tempatan ini. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Geely FY11, atau nama rasminya di China Geely Xing Yue telah selesai dilancarkan oleh Geely Auto,…
Berita Global
Sudah terang lagi bersuluh, Geely mahukan penguasaan terhadap pasaran SUV yang kini sedang…
Berita Global
Walaupun butiran lanjut berkenaan model tersebut masih lagi samar-samar, sebuah laman web automotif…