Geely Emgrand GL PHEV - enjin 1.5L turbo, mampu capai 1.4L/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Platform Geely Emgrand sebenarnya sudah terlalu lama berada di pasaran China, semenjak tahun 2010 lagi.

Dari segi saiz, Geely Emgrand GL ini mempunyai jarak antara roda yang sama panjang dengan Honda Civic FC, namun dengan dimensi yang lebih besar. 
 


Jika diteliti kembali sejarahnya, Geely Emgrand bermula sebagai sebuah model Emgrand EC7 sebelum jenama Emgrand itu ditutup dan dijenamakan semula kepada nama sedia ada. 

Namun, disebabkan popularitinya yang masih tinggi di dalam pasaran China, sedan segmen C tersebut masih lagi menerima kemas kini varian, kali ini didatangkan sebagai model plug-in hybrid (PHEV). 
 


Varian tunggal PHEV ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik, mampu menjana kuasa sekitar 255 hp dan 415 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan dan mempunyai kelajuan tertinggi 200 km/j. 

Di dalam mod elektrik, ia boleh bergerak sejauh 66 km dan sistem PHEV ini mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 1.4 liter untuk setiap 100 km!
 


Di bahagian luaran pula, jelas kelihatan yang model ini sudah terlalu berusia untuk kekal kompetitif, jadi Geely mendatangkan sedikit pembaharuan pada bahagian luaran, serta rim serba baharu. 

Jika anda perasa, tidak terlalu banyak perubahan didatangkan di bahagian dalaman dan masih boleh dilihat bayangan pengaruh Geely yang anda sudah perhatikan pada Proton X70.


 


Di China, Geely Emgrand GL PHEV dijual pada harga 148,800 yuan atau RM90,323 jika mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Sumber: CarNewsChina