Geely dedah imej rasmi Boyue Cool di China - gambaran Proton X70 generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi pertama Geely Boyue (yang turut muncul sebagai Proton X70) telah pun berada di pasaran China sejak tahun 2016 lagi, sebelum disusuli dengan model generasi kedua yang dilancarkan pada tahun lepas (2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu di China, Geely telah memperlihatkan imej rasmi model terbaharu Geely Boyue Cool yang bakal dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama tahun ini.

Cool merupakan akronim kepada perkataan Creative, Opening, Outdare dan Love, di mana ia lebih disasarkan kepada golongan pengguna muda.
 

Geely


Geely Boyue Cool ini turut menerapkan bahasa rekaan Starbust Vision yang membawakan garis yang lebih tajam dan bersegi.

Muka hadapan Geely Boyue Cool ini menampilkan struktur jeriji dengan elemen matriks hitam yang tajam, diikuti dengan lampu utama berbentuk T yang dihubungkan dengan jalur LED menuju ke arah logo Geely.

Sementara bahagian belakang membawakan rekaan lampu berbentuk Y yang dihubungkan dengan jalur LED, sistem ekzos dengan empat tip, serta lampu brek ketiga yang diposisikan tinggi.
 

Geely


Dikategorikan dalam SUV kompak, Geely Boyue Cool membawakan ukuran sepanjang 4,510 mm, lebar 1,865 mm, tinggi 1,680 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,701 mm.

Berdasarkan info daripada laman web rasmi MIIT China, Geely Boyue Cool ini dikuasakan oleh enjin 1.5TD yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 178 hp, dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan.

Setakat ini, gambar rasmi ruang kabin belum didedahkan oleh Geely, namun mereka mengesahkan model ini dilengkapi dengan sistem kokpit interaktif digital yang terdiri daripada skrin kluster instrumen LCD, serta skrin tengah bersaiz besar yang dikuasakan oleh sistem operasi Geely Galaxy OS Air.

Baca: Geely Boyue L

 

Geely Boyue L

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…