Geely dedah gambar rasmi SUV coupe FY11, enjin turbo 2.0 liter, 235 hp/350 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah terang lagi bersuluh, Geely mahukan penguasaan terhadap pasaran SUV yang kini sedang meningkat naik, dan menerusi model FY11 ini, mereka dilihat mahu mencabar BMW X4 secara terus. 

Memandangkan sudah beberapa keping imej tersebar di internet, tiada gunanya lagi Geely terus menyembunyikan SUV coupe ini lantas mereka menerbitkan gambar penuh Geely FY11.

 


Dibangunkan menggunakan platform CMA yang turut menghasilkan Volvo XC40, Geely FY11 akan dibekalkan dengan nadi enjin empat silinder sebaris turbo 2.0 liter dengan kuasa setinggi 235 hp dan 350 Nm. 

Model FY11 ini bakal didatangkan dalam konfigurasi pacuan dua roda hadapan dan juga pacuan semua roda. 

Menurut laporan, FY11 akan membuat kemunculan pertama di China pada suku pertama tahun ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Geely FY11, atau nama rasminya di China Geely Xing Yue telah selesai dilancarkan oleh Geely Auto,…
Berita Global
Walaupun butiran lanjut berkenaan model tersebut masih lagi samar-samar, sebuah laman web automotif…
Berita Global
Pada ketika itu, ia menjadi satu perkara yang mengundang kritikan oleh kerana ruang kepala yang…