Geely, Daimler bakal adakan perbincangan 'meja bulat' minggu hadapan

oleh Afandi Che Muhamad|
Gergasi automotif China, Geely hari ini dikhabarkan bakal mengadakan perjumpaan dengan pengurusan tertinggi Daimler selewat-lewatnya minggu hadapan bagi membincangkan mengenai hala tuju kedua-dua pihak.
Modenas

Perkara itu dimaklumkan wakil jurucakap bagi syarikat berkenaan kepada Reuters sebentar tadi.

Geely kini memegang saham Daimler sebanyak 9.69 peratus susulan pembelian bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM35.2 bilion) semalam.

Pembelian itu meletakkan pengerusinya, Li Shufu sebagai pemegang saham terbesar Daimler.

Terdahulu, Geely juga merupakan pemegang saham terbesar bagi beberapa jenama lain seperti Volvo, London Taxi Company, Terrafugia dan Lotus.

Jangan tidak tahu, Geely turut memiliki separuh daripada pegangan saham di dalam Proton.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Geely telah menghasilkan Boyue edisi khas yang membawakan…
Hezeri Samsuri
Hans pernah bekerja dengan saya di Cars Bikes and Trucks, New Sunday Times dan beliau adalah…
Berita Global
Geely kini memegang kira-kira 9.69 peratus pegangan di dalam Daimler menerusi perolehan yang dibuat…