Geely buka pusat penyelidikan teknikal di Eropah - tumpu kepada pembangunan kereta elektrik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely Auto minggu lalu merasmikan pembukaan fasiliti pembangunan dan penyelidikan Geely Auto Technical Deutschland (GATD) yang terletak di Raunheim, Jerman berhampiran lapangan terbang Frankurt. 

Fasiliti baharu ini akan memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan sistem penggerak dan teknologi mobiliti generasi baharu, atau lebih tepat lagi kereta elektrik. 

Pembukaan fasiliti ini dijangka akan melancarkan lagi projek pembangunan yang telah dijalankan di seluruh dunia, termasuklah di  Geely Research Institute (Hangzhou Bay), China Euro Vehicle Technology (Gotenburg), dan pusat kajian di Linjiang, China, dan Coventry, UK.

Geely Auto Technical Deutschland dijangka akan membuka peluang kepada kira-kira 300 orang jurutera dan tenaga mahir di dalam bidang yang disebutkan tadi dalam jangka masa beberapa tahun. 

Segala projek yang dijalankan di GATD akan dikawalselia oleh Feng Qing Feng, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Geely Auto Group. 

 


Geely sebelum ini telah memperkenalkan subjenama baharu yang memfokuskan kepada pengenalan kereta elektrik sepenuhnya, dimulakan dengan pelancaran Geely New Energy GE11.

Sedan berkuasa elektrik itu dilancarkan kepada umum pada satu acara di Singapura beberapa bulan yang lalu dan disasarkan penggunaannya sebagai sebuah kenderaan e-hailing Grab terlebih dahulu.

Geely GE11 dikatakan mempunyai motor elektrik berkuasa 133 PS, kelajuan maksimum 150 km/j dan mempunyai jarak operasi sekitar 410 - 500 km, bergantung kepada varian yang ditawarkan. 

Sumber: Geely Auto

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, Volvo dan Geely bersepakat untuk menolak perancangan penggabungan penuh seperti yang…
Berita Global
Menurut sumber media utama dunia, beberapa syarikat automotif didapati telah memulakan semula…
Berita Global
Dengan pengiktirafan ini, ia sekaligus menandakan tahun ke-lapan Geely tersenarai di dalam kumpulan…