Geely Binyue Pro 2021 facelift diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Geely Binyue, atau kod namanya SX11 atau nama rasmi di Malaysia Proton X50 sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2018, manakala pasaran Malaysia kira-kira dua tahun selepas itu.

Untuk pasaran China, Geely Binyue kini mendapat model facelift dengan membawakan beberapa perubahan minima terhadap rekaan SUV yang sudah tersedia sporti itu.

 


Di bahagian hadapan, unit jeriji telah diberikan rekaan sarang lebah yang serba baharu bagi menggantikan unit jeriji Expanding Cosmos, sementara bahagian bampar hadapan pula terdapat seksyen X berwarna kelabu bagi menjadikan penampilan hadapan tampil lebih agresif.

Penambahan pada bahagian lip bawah pula telah diringkaskan menjadi satu unit tunggal.

 


Varian yang lebih sporti (warna kuning) itu pula mendapat kemasan tambahan berupa jalur berwarna badan pada bahagian lip hadapan, serta bahagian bawah trim pintu, manakala angkup brek pula diwarnakan merah.

Sementara bahagian belakang menampilkan rekaan diffuser yang lebih menonjol sebelum dikemaskan dengan jalur yang mengikut warna badan pada bahagian seksyen tengah.

Tidak ketinggalan, spoiler bumbung didatangkan dengan kemasan ala gentian karbon sebelum diakhiri dengan motif 'S' pada bahagian hujung komponen tersebut.

 


Ruang kabin pula tidak banyak menampakkan perbezaan jika dibandingkan dengan model pra-facelift, melainkan penampilan trim kemasan matte metal, skrin paparan tengah yang kini bersaiz 12.3 inci berbanding 10.25 inci pada model terdahulu, serta tuil penukaran gear serba baharu.

Kemasan upholsteri pula didatangkan dalam skema warna dua tona mengikut warna badan, diikuti dengan kemasan kulit pada roda stereng.

Terdapat sistem pencahayaan ambien 72 warna yang menawarkan beberapa mod animasi bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih, kelajuan kereta, serta irama muzik yang dimainkan.

 


Geely tidak mendedahkan perubahan pada unit kuasa, namun model pra-facelift dijual dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin 1.4 liter turbo yang menghasilkan 141 PS dan 235 Nm, serta enjin petrol tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana 177 hp dan 255 Nm.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia menghasilkan 141 PS dan 235 Nm, bermakna prestasinya adalah lebih rendah dari enjin 1.5L turbo 3…
Berita Domestik
Jika sebelum ini Proton sudah pun melancarkan SUV pertama mereka, Proton X70, tahun ini ia bakal…
Berita Global
Geely Binyue (Geely SX11), crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform B-segment…