Geely Binyue Plug-In Hybrid - mula dijual pada harga RM84,800

oleh HEZERI SAMSURI|

Geely Binyue, SUV segmen B dengan sistem Plug-In Hybrid (PHEV) akan mula di jual di China sekarang pada harga di bawah RM85,000. 

Model pertama Geely yang menggunakan Modular Architecture untuk segmen B, atau BMA ini hadir dalam tiga varian dan dengan subsidi dari kerajaan China, harganya bermula dari serendah RM84,800 (RMB139,800).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
binyue PHEV

 

Dari segi luaran, ia seperti Geely Binyue yang bakal hadir ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Beza yang boleh dilihat dari luar ialah ia mempunyai port untuk tempat caj di fender hadapan sebelah kiri.

 

 

Enjin 1.5L 3-silinder turbo yang dibina dengan Volvo itu dipadankan dengan sebuah motor elektrik yang dijana dari bateri lithium ternary 11.3kWh, menghasilkan jumlah tenaga maksimum keseluruhan setinggi 285 hp dan 415 Nm.

Transmisi ialah 7-kelajuan dwi-klac automatik dan dalam mod elektrik, ia mampu dipandu sejauh 62 km. 

 

 

Pecutan dari 0-100 kmsj pula boleh dicapai dalam masa 6.9 saat.

Pastinya Binyue PHEV ini akan hadir ke Malaysia kelak dengan harga yang sama atau mungkin lebih rendah kerana bakal menerima insentif dari kerajaan Malaysia, seperti model Proton X70.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…