Geely Binyue PHEV - 254 hp/415 Nm, adakah ini bakal Proton X50 PHEV?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely Binyue (Geely SX11), crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform B-segment Modular Architecture (BMA) dikhabarkan bakal menerima versi plug-in hybrid (PHEV) seawal bulan Jun ini. 

Ia merupakan kenderaan Geely PHEV pertama yang dibangunkan daripada platform BMA tersebut. 

Merujuk kepada gambar yang dibekalkan oleh Geely, tiada perubahan ketara ditampilkan pada versi Binyue PHEV ini, selain kit badan dua tona dan rim 18 inci manakala di bahagian fender hadapan sebelah kiri, terdapat slot pengecasan diposisikan di ruang tersebut. 
 


Nadi kuasa Binyue PHEV ini sudah tentu enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan pek bateri jenis ternary lithium 11.3 kWh dan kuasa gandingan sekitar 254 kuasa kuda dan 415 Nm!

Bagi menyalurkan kuasa tersebut kepada roda, tugas tersebut dilakukan oleh transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, dan pecutan 0-100 km per jam mampu diselesaikan dalam masa 6.9 saat sahaja.

Di dalam mod EV, Geely Binyue PHEV mampu bergerak sejauh 60 km sebelum enjin 1.5 liter turbo tersebut mengambil alih tugas. 
 


Dari segi ciri keselamatan pula, Geely Binyue PHEV tampil dengan kelengkapan termaju seperti sistem brek automatik, kawalan pelayaran pintar, bantuan kekal laluan, brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki dan sistem informasi halaju. 

Di Malaysia, Proton didapati sudah pun mula menguji model prototaip Geely Binyue (bakal dinamakan Proton X50) dan pada hemat penulis, model PHEV ini sebenarnya salah satu calon yang sangat baik untuk ditawarkan kelak. 

 

 


Selain daripada Geely Boyue (Proton X70), Binyue (Proton X50), Proton juga dalam perancangan untuk membawa MPV Geely Jiaji (VF11) bagi menggantikan peranan Exora yang kian dimakan usia. 

Baca: Proton sah daftar tanda dagangan X50

Baca: Geely VF11 pengganti Proton Exora

Sumber: Gasgoo

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran China, Geely Binyue kini mendapat model facelift dengan membawakan beberapa perubahan…
Berita Domestik
Ia menghasilkan 141 PS dan 235 Nm, bermakna prestasinya adalah lebih rendah dari enjin 1.5L turbo 3…
Berita Domestik
Jika sebelum ini Proton sudah pun melancarkan SUV pertama mereka, Proton X70, tahun ini ia bakal…