Geely Binrui Cool diperlihatkan - sedan 178 hp dengan tema 'Racing Storm'

oleh Mohamad Hanif|
Di China, Geely baharu sahaja memperlihatkan secara rasmi model sedan Binrui yang lebih sporti, dikenali sebagai Binrui Cool (kenapa Cool? Entah).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sedan segmen B yang dibangunkan daripada platform BMA ini disasarkan kepada golongan yang lebih muda, terima kasih kepada bahasa rekaan yang dinamakan sebagai 'Racing Storm'.

Disebabkan itu, penampilannya cukup agresif dan berani dengan kehadiran beberapa liang udara pada bahagian bampar, rekaan lampu yang tajam serta komponen gril hadapan yang agak nipis.
 

Binrui cool


Menurut portal CarNewsChina, Binrui Cool merupakan versi yang lebih sporti kepada model Binrui F Sport berdasarkan lencana F yang terdapat pada gril hadapan.

Bahagian sisi sedan ini menampilkan rim bersaiz 17 inci, angkup brek berwarna terang, sementara bahagian belakang pula disudahi dengan spoiler besar, tip ekzos berbentuk oval berkembar dan komponen seakan diffuser pada bahagian bampar.
 

Binrui Cool


Rekaan ruang kabin pula menempatkan skrin digital instrumen bersaiz 10.25 inci, skrin infotainmen 12.3 inci, roda stereng dan tempat duduk sports, serta logo F yang boleh didapati pada bahagian panel pintu.

Di China, Binrui Cool didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana 178 hp yang memacu roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Harga jualan Binrui Cool bermula dari 79,800 yuan (RM52,644).