Geely bina kilang baharu di China untuk EV Polestar

oleh Mohamad Hanif|
Zhejiang Geely Holding Group merancang untuk membina sebuah kilang baharu di China yang akan dikhususkan untuk pemasangan kenderaan elektrik jenama Polestar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, kilang tersebut bakal memiliki kapasiti produksi 30,000 unit untuk setahun bertempat di bandar barat Chongqing.

Berita ini timbul setelah pengeluar automotif seperti BMW AG dan Tesla merancang untuk memperluaskan produksi EV di pasaran automotif terbesar di dunia itu dan bakal menggunakan sumber tempatan seperti bateri sebelum dieksport ke pasaran lain.

Geely yang ketika ini memiliki Volvo Cars dan Lotus ini memasang model hibrid berprestasi tinggi Polestar 1 di bandar Chengdu, dan sedan Polestar 2 di Taizhou.

Selain daripada itu, terdapat juga perancangan untuk memulakan produksi sedan Polestar Precept, selain menambah bilangan pusat pameran kepada 45 unit menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Eksekutif Polestar Thomas Ingenlath, Polestar kini sedang meneliti beberapa pasaran seperti Asia-Pasifik dan Timur Tengah.

Geely juga sedang membina sebuah kilang baharu di China untuk digunakan bagi pemasangan SUV Lotus.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…