Geely beli Terrafugia, syarikat pembuat kereta terbang

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Akhbar South China Morning Post hari ini melaporkan bahawa Geely, atau China’s Zhejiang Geely Holding Group Co telah membeli syarikat pembuat kereta terbang bernama Terrafugia.

 

G-1

 

Terrafugia ialah sebuah syarikat baharu (startup) yang diasaskan oleh jurutera angkasalepas dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan pelajar-pelajar MBA. 

 

Terra-1

 

Misi syarikat Terrafugia ialah untuk “mencipta kereta terbang yang memberikan dimensi baru untuk kebebasan individu” dan sejak diasaskan pada 2006, dunia masih menunggu untuk melihat sebuah kereta terbang dihasilkan untuk tujuan komersil. 

 

Terra-2

Terra-3

Walaupun kereta terbang syarikat ini, dinamakan Transition, telah di uji terbang pada tahun 2009, syarikat ini masih dalam peringkat percubaan.

 

Terra-4

 

Tiada siapa tahu sebab-sebab utama kenapa Geely membeli syarikat ini buat masa sekarang. Mungkin kerana kepakaran Terrafugia dalam membuat bahan binaan ringan, mungkin kerana ia berhajat mahu membina kapalterbangnya sendiri seperti Honda. Tiada siapa tahu.

 

G-2

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat tersebut menjelaskan ini merupakan satu pencapaian yang signifikan, memandangkan mereka…
Berita Global
Terrafugia menjangkakan produk kereta terbang mereka akan mula dilancarkan ke pasaran seawal 2019,…