Geely beli syarikat kereta terbang

oleh HEZERI SAMSURI|
Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah melengkap proses pembelian syarikat Terrafugia Inc, sebuah syarikat US yang memberi fokus kepada inovasi dan kejuruteraan kereta terbang serta teknologi masa hadapan.

Geely membeli operasi dan kesemua aset syarikat tersebut yang bermula dalam tahun 2006 oleh lima orang graduan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terrafugia menjangkakan produk kereta terbang mereka akan mula dilancarkan ke pasaran seawal 2019, dan kereta terbang dengan keupayaan VTOL (terbang dan mendarat secara menegak/vertical) akan diperkenalkan seawal 2025.

Terrafugia akan kekal beroperasi di US dan ia akan mendapat akses kepada kemajuan teknologi Geely dan kepakaran Geely di dalam industri automotif global.

Ini sesuatu yang menarik kerana mungkin Proton juga boleh mendapat teknologi yang sama kerana kebelakangan ini, banyak kereta yang cuba terbang tetapi mendarat di lereng bukit, di atas kedai runcit di Kota Bahru dan sebagainya.

Namun begitu, secara serius, ia membuktikan Geely memang memberi penekanan terhadap kemajuan teknologi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…