Geely beli litar lumba di Utah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat yang memiliki beberapa jenama automotif seperti Volvo, Lotus dan Proton kini mengembangkan lagi sayap penguasaannya di dalam bidang automotif dengan membeli sebidang hartanah di Amerika Syarikat - lebih tepat, sebuah litar lumba Utah Motorsports Campus di Tooele Country.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Road & Track, ia merupakan kali pertama sebuah syarikat bukan tempatan memiliki dan menguruskan sepenuhnya sebuah fasiliti sukan permotoran di Amerika

Penjualan hartanah seluas 511 ekar tersebut bukan sekadar melibatkan litar sahaja, malah segala bangunan dan aset fizikal yang terdapat di dalam kawasan UMC tersebut. 
 


UMC dibuka pada tahun 2006 dan mempunyai trek lumba yang boleh dikonfigurasikan sepanjang 7.14 km, trek go-kart sepanjang 1.45 km, laluan off-road, laluan berbatu dan trek rallycross Nitro World Games. 

Sepanjang ia dibuka, UMC pernah menganjurkan beberapa pertandingan seperti American Le Mans Series, Pirelli World Challenge, Lucas Oil Off Road Racing Series, Nascar K&N Pro Series West, American Historic Racing Motorcycle Association dan banyak lagi. 

Pada awalnya, ia dioperasikan di bawah perjanjian pajakan di antara keluarga Miller (pengasas trek) dan Tooele County sebelum pihak keluarga tersebut enggan meneruskan perjanjian pada tahun 2015 selepas 10 tahun berlalu. 

Menerusi Mitime, sebuah lagi syarikat di bawah naungan Geely, mereka telah membeli dan mengambil alih segala perkara berkaitan - dari segi pengurusan sehinggalah kepada penyelenggaraan fasiliti bermula dari 2016.
 


Sejak daripada pembelian hartanah tersebut, nama Utah Motorsports Campus telah menggantikan nama asal Miller Motorsports Park bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…