Geely batal perancangan pasang EV di Thailand, fokus kepada Malaysia - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Pada penghujung Mei yang lepas, satu laporan daripada Reuters mendedahkan perancangan Geely untuk memasuki pasaran Thailand dengan mempertimbangkan beberapa model kereta elektrik untuk dibawa masuk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, Geely juga dilapor sedang merancang untuk mendirikan sebuah kilang pemasangan di negara jiran tersebut.

Namun, laporan terkini daripada Headlight Mag mendedahkan perancangan untuk mendirikan kilang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 unit setahun itu telah dibatalkan seperti yang telah disahkan sendiri oleh Ash Sutcliffe, Pengarah Komunikasi Geely.

Jelas laporan itu lagi, wakil pelabur Malaysia yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan telah memujuk Geely untuk melabur di Malaysia semasa di Shanghai Auto Show 2023.

Apa yang kita semua sedia maklum ialah sebelum ini Geely sudah pun berminat untuk melabur sebanyak US$10 bilion (RM46.28 bilion) bagi menjadikan Tanjung Malim sebagai kota automotif terbesar di Asia Tenggara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat Geely itu berpotensi untuk melonjakkan ekonomi serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sumber: Headlight Mag, NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…